Catatan Popular

Isnin, 23 Mei 2011

Pa bila ku di 'umpat' kawan dari belakang......

Assalamualaikum kawan2....
tajuk di atas mungkin agak kasar dan menyakitkan hati, minta maaf ye kalau terasa atau terkilan....ok first sekali apa maksud 'umpat' disini? maksudnya kawan umpat belakang atau kawan talam 2 muka.....depan baik belakang hampeh faham2 jelah...

Wahai kawan ku kenapa lah harus umpat belakang?? kenapa harus mengumpat dari belakang?? kenapa?? terangkan faedah dia, terangkan please....untuk kepuasan diri? tegakkan ego? apa lagi ye....kerana takut bergaduh?

ok find.....aku terima sekiranya itulah alasan yang korang bagi.....tapi satu yang aku nak tanya kenapa begitu sukar nak berterus-terang secara berhadapan? kenapa terlalu susah menegur ketidakpuasan hati korang terhadap diri aku secara berhadapan? kenapa?

Pa bila ku di 'umpat' kawan dari belakang......aku berasa sedih dan kecewa kerana hubungan silaturahim yang terjalin mungkin bakal putus.....aku mungkin berasa marah terhadap diri sendiri kerana tidak menyedari kesilapan aku sehingga korang mengumpat aku dari belakang....penyelesaiannya ape2 yang tidak puas hati tegurlah aku, aku tak kisah kalau betul aku buat silap aku mohon maaf dari korang....SALAM...



pelajar 'tunjuk berani'

assalamualaikum kawan2 semua, di sini saya nak cerita sikit pasal golongan belia yang 'tunjuk berani' kat sekolah....setakat sekolah jer? bukan kat sekolah jer kat polis pun diorang tak takut ermmm dahsyat kan? macam kat berita baru2 ni......dah nampak sangat dah kita semua berada dalam akhir zaman.




Ok berbalik kepada citer tadi.....aku nak citer pasal seorg pelajar yang sama kelas dengan aku dulu berlaku masa aku form 5......dia ni famili dia org berada, boleh tahan juga prestasi dia....tapi dari segi disiplin? hampeh.....
ada satu pagi ni seorang guru/cikgu tegur dia gara2 tak berdiri ucap selamat pagi....bersopan betul budak mamat ni...so cikgu tegurlah dia tapi dia lawan balik cikgu tu dengan kata2 kesat sedangkan cikgu tu tegur baik2....anak manja katakan....pastu tamat sesi sekolah hari tu....cikgu tu terkejut giler mendapati cermin kereta dia pecah...tayar pulak pancit....adoiiii....
peistiwa tu tadi antara contoh pelajar 'tunjuk berani'.....cukup menyedihkan bila ada antara mereka bila kat luar tak takut langgar undang2 malah sanggup lawan polis....


ape nak jadi ni?? ok saya cadangkan kat kementerian pendidikan sediakan pondok polis setiap sekolah pantau kegiatan diorang...cadangan yang dahsyat dari saya.....diorang dahsyat saya pun nak dahsyat....masyarakat pula jgn pandang remeh terhadap perkara ni sebab golongan belia ialah golongan harapan negara jangan biarkan mereka menjadi penyemak negara....SALAM...

budak gay, layakkah mereka dipinggir?

Assalamualaikum kawan2....sebelum itu saya ingin meminta maaf kalau ada antara isi artikel yang saya siarkan ini menyebabkan anda berasa terkilan, tujuan saya buat artikel ini bukanlah untuk menyakiti hati sesiapa kerana artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sebagai penulis blog ini.


Ok, seperti yang diketahui umum gay atau lesbian adalah hubungan songsang yang melibatkan lelaki dengan lelaki dan sesama perempuan. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah berkaitan dengan 'gay'. Apakah faktor yang menyebabkan lelaki jadi gay:
1: mungkin mereka berkali2 putus cinta dengan perempuan dan pernah ditipu.
2: pergaulan dengan perempuan sejak kecil menyebabkan naluri pun berubah kira naluri keperempuanan.
3:faktor semulajadi.
4: kurang perhatian dari ibu bapa. Kurang didikan agama.
5:kerana nafsu.
dan macam2 faktor lagi. Tapi persoalannya layakkah golongan gay ini dipinggir? kenapa??? kerana anda rasa mereka tak layak dilahir di dunia? kerana mereka jijik dari penagih dadah??? kerana mereka bernafsu songsang??? Bagi saya mereka juga makhluk Allah, mereka juga ada perasaan, mereka juga berhak berkawan dengan sapa2 , mereka juga berhak untuk hidup di dunia ini, apa hak anda untuk menilai mereka sedangkan anda sendiri belum pasti cium bau syurga....sepatutnya anda sebagai seorang manusia yang bernafsu normal mendidik mereka agar kembali ke pangkal jalan dengan hati yang tulus ikhlas. Mereka juga makhluk Allah seperti kita. Asalkan golongan gay ini ingin kembali ke pangkal jalan maka didiklah ia. Berkawan dengan ia dengan ikhlas. Mereka juga adalah sebahagian dari umat di muka bumi milik YANG MAHA ESA. Assalamualaikum...



Ahad, 22 Mei 2011

why i'm still single?

why i'm still single? mungkin ada antara korang pernah tanya soalan ini kat diri korang....ya tapi bagi yang sudah lama single je lah....jawapannya ada kat diri korang sendiri mungkin kerana paras rupa, mungkin anda jenis 'jual mahal' , taraf hidup, pendidikan yang rendah dan macam2 faktor lagi. Ok tak ape kerana maybe ada hikmah dan Tuhan akan tentukan jodoh kita. Malah ada yang sampai putus asa sehingga merujuk kepada parents untuk mengatur pasangan hidup diorang macam zaman hitam putih dulu. Ok itu persoalan umum kepada diri korang. Tapi untuk aku, why i'm still single? ok2 aku bukan jenis hipokrit biarlah aku berterus-terang dekat blog ni....kenapa?
1: aku amat sukar mempercayai sapa2 pun melainkan famili.
2: aku bebas berkawan dgn sapa2 yang aku suka tapi kawan yang ikhlas je lah dan bebas mesej dan telefon diorang.
3:aku bebas pergi ke mana2 yang aku nak tanpa kongkongan.
4:aku jenis selesa bersendiri.
ok2 jodoh aku biarlah Tuhan yang tentukan. Aku sebenarnya ingin kebebasan buat masa ini sebab banyak lagi perkara2 yang lebih penting yang perlu dilakukan demi masa depan aku dan harapan famili. Salam ;)


Jumaat, 20 Mei 2011

tak mustahil kerajaan Malaysia akan haramkan facebook or twitter......

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.......
di sini aku nak luahkan pendapat peribadi aku....ok dunia kita semua dah jauh beza dari zaman moyang2 kita dulu btol x.....dunia sekarang dah x ada sempadan....x perlu lah nak jelas panjang2 kat sini nanti korang bosan pulak....
tentu korang tau ape itu facebook atau fb kan....ms ingat lagi aku....mula2 yg glamour ialah frienster......kang ada fb dan twitter...persoalannya adalah kita semua ni gunakan semua bende ni untuk kebaikan??


tidakkan....tengok saje kat berita baru2 ni...banyak rakyat dah salah gunakan benda ni...ada yg sanggup menghina Sultan guna fb guna twitter sehingga negara luar tau...kedaulatan negara kita tercemar disebabkan golongan tunjuk 'berani' ni, kat luar tak berkokok pulak, kat fb bukan main lantang kutuk org mcm dia tu baik sangat....disebabkan perkara ini x mustahil kerajaan akan haramkan fb dan twitter....tengok je la nanti....

Sony Ericsson Spiro.......masih ada kelemahan yang membengangkan....

kwn2 sini aku nak kongsi sikit pasal henpon aku ni model sony ericsson spiro....ermmmm nama cantik kan tapi...............henpon ini memang cantik...cute tapi kalau setakat paras rupa tak guna gak....
masih ada lagi kelemahan henpon ini antara nye.....
1: dia automatik minta di 'format' , caranya bila kita hantar mesej kat seseorang tapi tak dapat2 maknanya kita perlu format henpon ini dengan cara pergi bahagian 'settings' kemudian pergi ke 'master reset'  dan 'reset all'. sebelum format ingat tanggalkan kad memori bagi menggelakan kandungannya hilang semua. Kelemahan henpon ini bila kad sim dah x mampu simpan no henpon dan harapkan memori henpon habislah citer hilang semua lah no awek2 pakwe2 skandal korang haha....
2: lambat loading x kira masa....
3:kebanyakkan theme (tema) dgn games tak 'support' dgn model nie so guna yang 'ori' jelah...bosankan...
so pikir 10 kali sebelum beli henpon ini ok....aku tukar henpon baru tak lama lagi...bye2 spiro...





Kawan biasa ker or sahabat sejati?

tajuk di atas maybe nampak bosan kan btol x kwn2? ok tapi aq tetap nak buat gak tajuk nie sebabnye blog ni adalah tempat aku nyatakan pendapat dan suara hati aku...


ok first aku nak tanya ape beza kwn biasa dgn sahabat sejati? aq percaya kwn2 tentu mpunyai pdapat yg berbeza bukan? first kwn biasa tu biasa2 je...tegur2 biasa, muka biasa jer haha...nak kutuk standard muka org pulak,,,,sahabat sejati nie ada org bilang high class punya kwn....byk duit , hai dah ada taraf la pulak dalam bab kwn ye.....hehe...ada juga kwn aq bpendapat kwn taraf dia lower dr sahabat...mak ai mcm2 pendapat ek....xper tu sekadar pendapat jer.....




tapi pendapat peribadi tuan punya badan blog ni pulak kwn biasa nie kire peneman sementara, kira cthnye tak rapat sgt kira mcm biasa2...cthnye tukang ikut g shopping ke, jd part time bodyguard tu la kwn biasa.....pendengar part time ke...kira mcm tu...tapi sahabat sejati sungguh berbeza sekali....susah senang dia sentiasa ada...x kedekut bagi bantuan....dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabat dia sendiri, x memilih taraf dan paras rupa....dan berkawan kerana Allah yang satu....dan aku teringin nak ada sahabat sebegitu dan ingin jadi sebegitu....mungkin belum tiba masa jumpa sahabat mcm tu....hakikatnya sahabat sebegitu sukar dicari di dunia realiti ini......SALAM.....

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH

lahirnya di dunia membawa cahaya kebenaran,
menyinari seluruh alam semesta,
lahirnya di dunia membawa rahmat,
memimpin umat manusia ke jalan selamat, 
contoh teladan seluruh umat manusia,
mulianya akhlak mu,
dan kebaikan yg engkau seru,
SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH


bandar kesayangan kamek ck (Sarikei)

Assalamualaikum....hari nie aku nak kongsi ckit ttg bandar ksygn gua iaitu ck...ck nie hanye small town p skunk pesat mbangun....x mcm dulu2 skunk nie semua kemudahan dah ada. ck nie adalah gelaran paling popular adalah digelar bandar nanas sebab ck salah 1 pengeluar nanas di S'wak....tiap2 thn pesta nanas akan diadakan kira dah mcm 1 tradisi di bndar nie....sejarah nye pula pada awal thn 1841 ck penah diperintah oleh Sharip Masahor yg mrupakn sorg pahlawan yg menguasai kawasan btg rajang dan byk pengikut yg terdiri dr bangsa melayu, iban dan melanau. Semasa Brooke menguasai Swak, Sharip Masahor antara pejuang yg aktif menentang Brooke.....disini aku sertakan gambar bandar ck dr zaman 1905 hingga skunk....





Isnin, 14 Februari 2011

siapa aku?

Assalamualaikum kwn2 semua...
ini merupakn title 1st blog aku...so...
di sini aq ingin kongsi ckit ttg diri aku....

mcm mna nak mula ek? hehe....ok mula sekali aku berasal dr kluarga sederhana...ayah aku kakitgn krajaan mak aq lak housewife....aku bersekolah rendah dan menengah dua2 aliran cina kira sekolah cinalah....ermmm...tamat je spm...aku bekeje sbg promoter di KL tapi x lama kira 3 bln je pastu aku blik S'wak semula...ms tu aku x thn hdp kat kota metropolitan mcm KL 2 sbb tu aq blik n x lama kemudian aku bekeje sebagai cashier kat supermarket di ck. agak lama lbh kurang dlm 4 thn...aku kemudian keje sbg budak isi minyak kat petronas juga di ck...mcm2 pengalaman yg d lalui spanjang 4 thn tu....kena gosip kena tikam mcm2 ada....p aku sbr gak....janji aku x kacau hdp org....ok ni la serba ckit ttg diri aku....Salam....

aku budak baru belajar

assalamualaikum kwn2 sori ek blog nie blom ada ape2 isi lagi
sebab aku blom tau sgt wat blog nie masih tgh belajar lagi
so, nanti aku akan wat blog nie dgn lebih menarik lagi...sokong aku k kwn2....

blog

hari nie aku first time buat blog dan diajar sorg rakan dr FB. thanks yaa...