Catatan Popular

Isnin, 23 Mei 2011

budak gay, layakkah mereka dipinggir?

Assalamualaikum kawan2....sebelum itu saya ingin meminta maaf kalau ada antara isi artikel yang saya siarkan ini menyebabkan anda berasa terkilan, tujuan saya buat artikel ini bukanlah untuk menyakiti hati sesiapa kerana artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sebagai penulis blog ini.


Ok, seperti yang diketahui umum gay atau lesbian adalah hubungan songsang yang melibatkan lelaki dengan lelaki dan sesama perempuan. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah berkaitan dengan 'gay'. Apakah faktor yang menyebabkan lelaki jadi gay:
1: mungkin mereka berkali2 putus cinta dengan perempuan dan pernah ditipu.
2: pergaulan dengan perempuan sejak kecil menyebabkan naluri pun berubah kira naluri keperempuanan.
3:faktor semulajadi.
4: kurang perhatian dari ibu bapa. Kurang didikan agama.
5:kerana nafsu.
dan macam2 faktor lagi. Tapi persoalannya layakkah golongan gay ini dipinggir? kenapa??? kerana anda rasa mereka tak layak dilahir di dunia? kerana mereka jijik dari penagih dadah??? kerana mereka bernafsu songsang??? Bagi saya mereka juga makhluk Allah, mereka juga ada perasaan, mereka juga berhak berkawan dengan sapa2 , mereka juga berhak untuk hidup di dunia ini, apa hak anda untuk menilai mereka sedangkan anda sendiri belum pasti cium bau syurga....sepatutnya anda sebagai seorang manusia yang bernafsu normal mendidik mereka agar kembali ke pangkal jalan dengan hati yang tulus ikhlas. Mereka juga makhluk Allah seperti kita. Asalkan golongan gay ini ingin kembali ke pangkal jalan maka didiklah ia. Berkawan dengan ia dengan ikhlas. Mereka juga adalah sebahagian dari umat di muka bumi milik YANG MAHA ESA. Assalamualaikum...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan